June 18, 2015
alhamdulillah. tiba-tiba Sya terfikir nak write out segala pengalaman Sya berkenaan Ramadhan. Pengalaman , emosi , perubahan yang dilakukan , kesedihan , kegembiran dan segalanya la. Insyaallah.
Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia. Bulan yang mana seluruh umat Islam menjalani ibadah berpuasa. sungguh istimewa. kerana tiada di bulan lain. ada solat terawih. ada sahur. ada berbuka. ada moreh. ada Malam Lailatulqadar. Subhanallah banyak sungguh kelebihan di Bulan Ramadhan. Tak terkira. masa inilah kita berlumba-lumba merebut pahala. nak buat perubahan. dan segalanya.
Bagi diri Sya, tahun ini sangat istimewa. Sya tak terikat sgt dengan UKM> maksudnya tidak la seperti sebelum ini yang Sya sedang study. sibuk mentelaah nota. kadang cuti sem. beria cari kerja part time sbb nak cari duit lebih. nak berbelanja untuk raya. tapi tahun ni, 2015 merupakan tahun akhir Sya. Alhamdulillah segala jenis exam yang mana termasuk bertulis, OSCE (ala ala practical exam yang ada stesen soalan, utk 1 jam stgh. setiap stesen 10 minit), presentation, dan pelbagai berakhir pada 17 June 2015. Manakala, puasa mula 18 June 2015.
tapi ada juga kecuali, 26 June 2015, Sya ada VIVA untuk research Sya. just that. lepas tu akan buat pembetulan dan cetak untuk kulit keras THESIS. Sya sentiasa berdoa agar urusan THESIS ini dipermudahkan. Insyaallah. amin.
ok done pasal study tu. secara asasnya Sya dapat sambut awal Ramadhan dengan hati yang sangat tenang. tidak terburu-buru.
Sya nak mula didik diri agar ikhlas, sabar dan mudah untuk melakukan segala solat sunat. kerana solat sunat ini secara tak langsung menambah saham akhirat kita. mendidik kita khusyuk dalam menunaikan solat-solat fardhu. memupuk nilai sabar dalam diri untuk menghadapi dugaan dan cabaran dan pelbagai. *tak de rujukan mana tapi berdasarkan pembacaan lepas* Insyaallah Sya akan cuba quote dari mana-mana buku yang Sya baca. Ye satu nak solat sunat consistently
(solat sunat tahajjud, taubat, sebelum Subuh, Dhuha, sebelum zohor, selepas zohor, selepas maghrib, solat hajat, selepas isyak, istikharah dan witir). Sya nak mendalami ilmu lagi pasal solat2 sunat ini. Insyaallah.
selain itu, Sya perlahan-lahan nak didik diri supaya membaca dan memahami Al-Mathurat. Banyak sungguh zikir serta doa dalam Al-Mathurat ini. Sya ingat Mak Teh ada pesan yang kalau kita baca pagi dan petang Insyaallah kita akan berjaya. Manfaat lain ialah mendidik kita untuk sentiasa memuji Pencipta kita dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Terdapat satu doa yang sungguh tersentuh dan dekat dengan hati iaitu :Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan gelisah. Aku berlindung kepada-Mu daripada rasa lemah dan malas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada sikap pengecut dan bakhil serta daripada cengkaman hutang dan penindasa orang".
lastly my current aim is.. *yes my bahasa will campur-campur* for the moment. sbb nak improve both. next entry insyaallah bile confident level dah tinggi akan one language use for one entry.
ok next aim is, I want to change for good. Berubah mengarah kebaikan. yes. nak jadi insan yg berdisiplin yag tidak bermalasan yg menjaga waktu seperti menjaga diri sendiri. nk tinggalkan perkara2 yang tak baik mcm ..... berbohong , berlengah, bermalasan, leka, terlalu berhibur.. dan sekian sekian...
Insyaallah.
jom kta kongsi pasal Ramadhan pertama. Terawih pertama di masjid KLCC.(17 June ) mula niat nak solat dkt surau kuarters, tpi kngkn my Ummi akn berseorang, tekadkn niat utk iku ummi n ayah ke sana. ramai jemaah. Pagi tu baca di status FB, mak ngah Aina meninggal dunia. skit jantng. hati terdetik yg. Mati tidak mengira siapa.kemudian lepas bermaghrib (18 June) sebelum nak gerak ke surau untuk terawih , di status FB skali lagi, Abg Ngah kepada Abg Zal pula telah kembali ke rahmatullah. kerana accident. sekali lagi hati beristighfar. sungguh mati itu tidak mengira apa faktor. ak berasa risau kerana persiapan diri ke arah itu tidak seberapa. masih leka dengan pelbagai perkara. usia semakin meningkat sepatutnya usaha ke arah ibadah juga perlu meningkat. insyaallah. perlu lebih bersedia. kerana Mati itu tidak mengira apa.
lepas sahur Sya tak tidur sebaliknya Sya kemas rumah. mcm bersenam sedikit. alhamdulillah mendapat kesempatan untuk baca Quran , Dhuha dan Al-mathurat. sebelum zohor Sya tidur kjp. but, akhirnya Sya tidur smpi ke asar. x solat. Qadha di dlm Asar..
Berbuka dgn kuew tiow and mee goreng. back from terawih more story. well i will share it tomorrow. now its already 3.08 am 19 june 2015. got to sleep. nak bangun solat tahajjud dan taubat then terus sahur. will write soon.
Assalamualaikum
*Ya Allah kurniakanlah kepadaku nikmat Ramadhan dan berikanlah aku kesempatan untuk merasai Malam Lailatulqadar"
=)